Saturday, 8 October 2011

Definisi Aqidah dan Nama lain bagi Aqidah


Definisi atau Pengertian

Istilah aqidah merupakan istilah yang baru, jika kita lihat dalam AlQuran dan Hadis kalimah aqidah tidak disebut secara jelas lafaz aqidah atau pun tauhid. Tauhid (Aqidah) merupakan istilah badil (tukar) bagi lafaz iman yang digunakan dalam AlQuran yang membawa maksud Tauhid.

Pengertian tauhid sangat luas dan ia berbeza mengikut manhaj. Antara pengertian ataupun makna bagi tauhid (aqidah) yang masyhur ialah mengesakan yang disembah (Allah) pada zatNya, perbuatanNya, dan sifatNya.

Istilah Lain Bagi Aqidah


Aqidah juga dikenali dengan nama-nama yang lain. Terdapat sebahagian istilah yang disepakati oleh para ulamak dan sebahagian yang lain tak disepakati oleh para ulamak. Antara yang disepakati oleh para ulamak seperti:
1.Usuluddin
2.Tauhid
3.Iman

Istilah yang tidak disepakati oleh para ulamak seperti:
1. Ilmu Mantiq
2. Ilmu Metafizik

No comments:

Post a Comment