Friday, 7 October 2011

Risalah Pengenalan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: Muqadimah


الحمد الله رب العالمين, والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله الطاهرين وصحابته الطيبين أما بعد:


Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

وان هذا الملة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة وهي الجماعة



"Dan sesungguhnya agama ini akan berpecah kepada 73, dan 72 daripadanya ke naeraka dan satu sahaja ke syurga iaitu Jam'ah" Riwayat Abu Daud dan dihasankan oleh AlBani RA.


Hadis ini memberi erti bahawa umat Nabi Muhammad SAW akan berpecah kepada pecahan yang begitu banyak dan bukanlah bilangannya hanya 73 puak kesemuanya, akan tetapi lebih sepertimana yang diterangkan dalam oleh Imam AlBaghdady dalam kitab beliau AlFarqu Baina AlFiraq. Perlu diketahui makna umat nabi yang terpecah tadi adalah Ummatu AdDa'wah (Umat Ijabah) umat yang telah sampai kepada mereka akan dakwah islam, dan satu sahaja dari mereka terselamat dari api neraka iaitu jemaah yang mengikut pegangan dan aqidah para Nabi, para sahabat dan seluruh umat Islam.

Maka sesiapa yang mengikuti Ahli Sunnah Wal Jamaah bermaksud mereka yang mengikut landasan AlQuran, AlHadis, Ijmak, Qias atau hukum  akal yang menjadi saksi akan kebenaran Islam dalam hal yang bersangkutan dengan asas aqidah dan keimanan.

Aqidah merupakan asas terpenting bagi setiap orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah. tanpa aqidah, setiap amal ibadat yang dlilakukan menjadi sia-sia. Pepatah ada menyebut, aqidah ialah asas agama, barangsiapa yang hilang aqidahnya maka sesungguhnya dia telah hilang agamanya". Antara dalil yang boleh dibuktikan tentang betapa pentingnya aqidah ini adalah berdasarkan sirah nabawiyah. Rasulullah SAW mendidik dan menyemai aqidah para sahabat RA selama 13 tahun di Makkah AlMukaramah sehingga berjaya melahirkan tokoh-tokoh yang sangat hebat. Antaranya khulafa' ar-rsyidin (Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali), Zaid Bin Haritsah, Bilal Bin Rabah dan ramai lagi dalam kalangan para sahabat RA.

Kesimpulannya, menjadi kewajipan ke atas umat Islam yang mengakui beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW untuk mempelajari dan mendalami ilmu aqidah.

3 comments:

  1. assalamualaikum..
    syukran atas ilmunye...
    hope dpt kite kongsikan manfaat yg ade..
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam... afwan.. harap dapat doakan agar terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan mempraktiskan ilmu

    ReplyDelete
  3. Visit you...Check the Shoutbox on my guestbook smile back.

    I am Follower #6 ...Please follow me back :)

    ReplyDelete