Saturday, 8 October 2011

Salahkah untuk bertaqlid dalam AQIDAH?


Pengertian Taqlid

Taqlid bermaksud mengambil sesuatu daripada seseorang tanpa mengetahui dalil atau asasnya. Dalam kitab Jauhar AtTauhid karangan Sheikh Ibrahim AlQani ada menyebut dalam matannya:

إذ كل من قلّد في التوحيد                         إيمانه لم يخل من ترديد

"Barangsiapa yang bertaqlid maka imannya tak lari dariwas-was"
Hukum Taqlid Dalam Aqidah
Ulamak berbeza pendapat dalam hukum orang bertaqlid dalam aqidahnya, kata sesetengah daripadanya sesungguhnya orang yang bertaqlid dalam aqidahnya adalah KAFIR, ada juga yang mengatakan bahawa orang yang bertaqlid dalam aqidah berDOSA jika dia mampu mempelajarinya. Terdapat juga yang mengatakan hukum bertaqlid adalah berDOSA secara MUTLAK ada juga yang mengatakan hukumnya tidak berdosa.

Namun pendapat yang paling rajih (kuat) ialah pendapat yang mengatakan bahawa orang yang bertaqlid ini hukumnya berdosa jika dia mampu untuk mempelajarinya. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment