About


الحمد الله رب العالمين الذي خلق الموجودات من ظلمة العدم بنور الإيجاد وجعلها دليلا على وحدانية لذوي البصائر إلى يوم المعاد, وأنزل به كتابه وأرسل به سيد العباد, والصلاة والسلام على خير خلق الله أجمعين, وعلى آل بيته الطاهرين, وأصحابه المكرمين, ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

Alhamdulillah, dengan penuh kesedaran dan kerendahan hati sewajibnya bagi kita untuk terus-menerus bersyukur kehadrat Allah  kerna telah memberi ruang dan peluang untuk kita mendalami Deen ini agar terus istiqamah dan iltizam dengan Deen Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan kesungguhan baginda bersama ahli keluarga dan para sahabatnya, kita dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. 

Tahun demi tahun berlalu, umat Islam telah melalui beberapa fasa perubahan. Jika dahulu masyarakat Islam kurang mengambil berat tentang Islam, kini masyarakat telah mula melihat akan kepentingan Islam dalam kehidupan mereka. Mereka mula sedar akan pentingnya menuntut ilmu bukan sekadar bertaklid. Hal ini terbukti, apabila statistik menunjukkan rancangan-rancangan television dan radio yang berasaskan keagamaan mula mendapat tempat di hati masyarakat. Kita meyakini bahawa masa depan adalah milik Islam.

Masyarakat Islam di Malaysia perlukan ilmu tentang deennya dalam melakukan perubahan agar perubahan selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya, maka kami selaku mahasiswa syariah tampil kehadapan dan bergembleng tenaga membantu masyarakat dalam memahami deen Allah ini. Blog ini merupakan antara usaha kecil kami dalam membantu masyarakat dan harapannya agar ia mampu menjadi saham bagi kami di akhirat sana. 
 
 
Blog ini khas dibina bertujuan membantu masyarakat  dalam hal ehwal agama dan sebagai pemudah cara bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya atau pelajaran yang bukan deeniyah.  Blog ini juga merupakan medan latihan kami sebagai mahasiswa syariah untuk berkongsi dengan masyarakat dan melatih kami untuk membuat kajian ilmiah yang berkualiti.

Gambaran umum tentang blog ini, post-post yang akan ditulis adalah berbentuk santai dan tidak memberatkan pembaca  malah bahasanya mudah difahami. Jika anda mempunyai persoalan atau permasalahan tentang Islam,  boleh ajukan persoalan di sini, insyaAllah kami akan berusaha menjawab persoalan anda. Selain itu, artikel-artikel yang ditulis akan dibahagikan kepada beberapa bahagian misalnya, Fikh, Aqidah, Seerah, Hadis, Tafsir dan sebagainya.

Ketahuilah sesungguhnya menuntut ilmu agama adalah kewajipan bagi setiap muslim, berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
 
 طلب العلم فريضة على كل المسلم

Semoga persinggahan anda di blog ini memberi kebaikan dan manfaat kepada anda malah dikira sebagai amal yang soleh. Kami tidaklah mengharapkan kebaikan daripada anda sekadar memohon doa daripada anda agar kami terus istiqomah dengan Deen ini dan berjaya dalam pelajaran kami seterusnya berjaya di dunia dan akhirat. Kami akhiri kalam permulaan ini dengan sepotong Hadis Nabi SAW:

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين

Maksudnya: Sesiapa yang Allah berikan kepadanya kebaikan, Allah akan fahamkannya dengan deen ini.

Allahua’lam.