الحمد
الله رب العالمين الذي خلق الموجودات من ظلمة العدم بنور الإيجاد وجعلها
دليلا على وحدانية لذوي البصائر إلى يوم المعاد, وأنزل به كتابه وأرسل به
سيد العباد, والصلاة والسلام على خير خلق الله أجمعين, وعلى آل بيته
الطاهرين, وأصحابه المكرمين, ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
Alhamdulillah, dengan penuh kesedaran dan kerendahan hati sewajibnya bagi kita untuk terus-menerus bersyukur kehadrat Allah kerna
telah memberi ruang dan peluang untuk kita mendalami Deen ini agar
terus istiqamah dan iltizam dengan Deen Allah ini. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan kesungguhan baginda
bersama ahli keluarga dan para sahabatnya, kita dapat menikmati dua
nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam.
Tahun
demi tahun berlalu, umat Islam telah melalui beberapa fasa perubahan.
Jika dahulu masyarakat Islam kurang mengambil berat tentang Islam, kini
masyarakat telah mula melihat akan kepentingan Islam dalam kehidupan
mereka. Mereka mula sedar akan pentingnya menuntut ilmu bukan sekadar
bertaklid. Hal ini terbukti, apabila statistik menunjukkan
rancangan-rancangan television dan radio yang berasaskan keagamaan mula
mendapat tempat di hati masyarakat. Kita meyakini bahawa masa depan
adalah milik Islam.
Masyarakat
Islam di Malaysia perlukan ilmu tentang deennya dalam melakukan
perubahan agar perubahan selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah
dan Rasul-Nya, maka kami selaku mahasiswa syariah tampil kehadapan dan
bergembleng tenaga membantu masyarakat dalam memahami deen Allah ini.
Blog ini merupakan antara usaha kecil kami dalam membantu masyarakat dan
harapannya agar ia mampu menjadi saham bagi kami di akhirat sana.
Blog ini khas dibina bertujuan membantu masyarakat dalam hal ehwal agama dan sebagai pemudah cara bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya atau pelajaran yang bukan deeniyah. Blog
ini juga merupakan medan latihan kami sebagai mahasiswa syariah untuk
berkongsi dengan masyarakat dan melatih kami untuk membuat kajian ilmiah
yang berkualiti.
Gambaran umum tentang blog ini, post-post yang akan ditulis adalah berbentuk santai dan tidak memberatkan pembaca malah bahasanya mudah difahami. Jika anda mempunyai persoalan atau permasalahan tentang Islam, boleh
ajukan persoalan di sini, insyaAllah kami akan berusaha menjawab
persoalan anda. Selain itu, artikel-artikel yang ditulis akan
dibahagikan kepada beberapa bahagian misalnya, Fikh, Aqidah, Seerah,
Hadis, Tafsir dan sebagainya.
Ketahuilah sesungguhnya menuntut ilmu agama adalah kewajipan bagi setiap muslim, berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
طلب العلم فريضة على كل المسلم
Semoga
persinggahan anda di blog ini memberi kebaikan dan manfaat kepada anda
malah dikira sebagai amal yang soleh. Kami tidaklah mengharapkan
kebaikan daripada anda sekadar memohon doa daripada anda agar kami terus
istiqomah dengan Deen ini dan berjaya dalam pelajaran kami seterusnya
berjaya di dunia dan akhirat. Kami akhiri kalam permulaan ini dengan
sepotong Hadis Nabi SAW:
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
Maksudnya: Sesiapa yang Allah berikan kepadanya kebaikan, Allah akan fahamkannya dengan deen ini.
Allahua’lam.