” Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”
(AsSyura:52)
~terhenti~
2. Ghoibiyyah (Sesuatu yang ghaib)
Ciri yang kedua ialah Aqidah Islamiyah ini merupakan perkara ghaib, tidak mampu tercapai oleh pancainderamanusia, mahupun mata kasar insan tetapi setiap umat islam wajib beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, Hari Pembalasan dan Qada dan Qadar, dan semua ini merupakan perkara ghaib yang wajib diyakini oleh seorang mukmin, selaras dengan firman Allah:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْب(3)..
“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib….”
(Al-Baqarah:2-3)
Ciri ghaib ini bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan akal, malah akal yang sihat mampu menerimanya, bukanlah sesuatu yang tidak terlihat itusesuatu yang tidak wujud malah wujud, misalnya udara yang kita sedut setiap hari, ada sesiapa yang menafikan kewujudannya walau tidak terlihat oleh pancaindera?? Hal ini berbeza dengan golongan pemikiran realistik, mereka mengingikari wujudnya perkara ghaib dan hanya menyakini sesuatu yang dapat dilihat melalui pancaindera sahaja.
~Angin bertiup tetapi tiada kelihatan tapi tetap yakin akan kewujudan~
3. Syumul
Ciri yang ketiga pula ialah Aqidah Islamiyah ini bersifat syumul ( bersifat menyeluruh dan tidak meninggalkan satu aspek pun dalam kehidupan manusia sama ada dari aspek peribadi,masyarakat atau alam sejagat.)
Aqidah islamiyah menyeluruh dalam 3 aspek utama iaitu:
i- Ibadah yang sempurna
ii- Hubungan manusia dengan makhluk dan sesama manusia
iii- Perkaitan antara dunia dan akhirat
i
Menyeluruh dari sudut ibadah yang mencakupi 4 ibadah utama:
i- Hati seperti pengharapan, tawakkal, ketakutan kepada Allah
ii- Percakapan seperti memberi nasihat, berzikir, membaca Al-Quran
iii- Perbuatan seperti solat, puasa, haji
iv- Harta seperti zakat, sedekah.
Menyeluruh dari sudut hubungan manusia bukan sahaja dengan Allah bahkan sesama manusia, dan juga kehidupan lain. Menyeluruh dari sudut perkaitan antara dunia dan akhirat iaitu akan merangkumi kehidupan manusia ini sama ada kehidupan di dunia, seterusnya di alam kubur, dan seterusnya kehidupan akhirat selepas dibangkitkan. Al-Quran pula telah diturunkan bagi menerangkan tentang kehidupan manusia secara menyeluruh.
Syumul juga membawa erti menyenangkn fitrah manusia kerana tidak ditaklifkn kesulitan (memudahkan) dan tidak ada perpecahan di dalamnya. Seterusnya keubudian kepada Allah juga bukanlah hanya dalam ibadah fardiyah atau amalan akhirat sahaja bahkan meliputi kesemua aspek langit dan bumi, ghaib dan nyata, dan dalam setiap langkah perbuatan dan sebagainya.
وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الأرْضِ إِلَهٌ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيم
“Dan dialah Tuhan yang disembah di langit dan Tuhan yang disembah di bumi, dan dialah yang Maha bijaksana dan Maha mengetahui…”
( Az-zukhruf :84)
~Tiada sesuatu pn yang tertinggal~
4. Mutakamil
Ciri yang seterusnya ialah mutakamil iaitu lengkap dengan aqidah islamiyah terikat antara satu sama lain. Contohnya seseorang itu tidak akan dapat beriman kepada kitab Allah jika dia tidak meyakini bahawa rasul-rasul yang diutuskan adalah untuk membenarkan kalam Allah itu.
Aqidah islamiyah ini juga telah lengkap(mutakamil) dan menyeluruh(syumul) tetapi terhad(taufiqiyah). Jadi, jika seseorang itu menolak salah satu dari rukun iman(aqidah) maka bererti dia telah menafikan yang lainnya.
Aqidah dan iman ini berkait rapat antara satu sama lain dalam aspek ibadat dan muamalat yang terkandung dalamnya hukum-hukum syariat, amalan dan akhlak. Jadi keimanan yang kukuh kepada Allah amat penting kerana semua pensyariatan ini tergabung dibawah rukun ini.Selain itu aqidah juga lengkap dari setiap segi sama ada pemikiran+ iman dan iman + amal yang mana keduanya saling menguatkan antara satu dengan yang lain.
Asas kepada pemikiran diniyah yang terpelihara dan berkembang ialah aqal dan hati. Jadi fikrah(pemikiran) islamiyah yang betul dapat mempertahankan segala kandungan yang terdapat di dalam aqidah itu sendiri. Tambahan fikrah ini juga, perlu kepada iman dan aqidah yang dapat memandu amalan secara khusus serta urgensi untuk melaksanakannya.
Aqidah juga merupakan fitrah manusia tetapi bagi yang cuba melawan fitrah ini akan merasa resah dan gelisah kerana itu adalah ketetapan Allah disamping merupakan petunjuk yang legkap antara rohani dan zahir dalam kehidupan manusia. Akhir sekali kehidupan jasadiah manusia dan kehidupan peradaban(kerohanian) scara keselruhan tidak akan berlaku ‘tanaqud’(perselisihan) kerana ia menyerupai fitrah yang melengkapi kehidupan manusia.
~Keterikatan antara satu sama lain~
5. Tawazun
Ciri terakhir ialah Tawazun yang membawa erti Wasotiyah (pertengahan) dan juga bersederhana. Hal ini bereerti Aqidah Islamiyah tidak memberatkan sebahagian sudut dan meringankan sudut yang lain sehingga membuatkannya berbeza dengan Aqidah Fasidah yang lain.
Kesederhanaan dalam pertimbangan mengikut hikmah Rabbaniyah iaitu penetapan dalam nisbah antara kehidupan dengan nilainya seperti:
i- Harta dan kesenangan
ii- Amalan dan aqal
iii- Ilmu pengetahuan dan kekuatan
iv- Ibadah dan apa yang berkaitan dengannya
v- Sifat perkauman dan sifat kemanusian
Islam menjadikan semua susunan ini sesuai dengan nisbahnya tidak kuran atau sebaliknya. Jika kita lihat bagaimana aqidah fasidah yang lain mereka menghalang para rahib mereka daripada berkahwin dan hanya berfokus pada ibadah kerohanian sahaja. Hal ini bertentangan dengan fitrah manusia, tidak terlalu memberatkan dalam aspek ibadah sehingga tidak berkahwin dan sebagainya kerana konsep ibadah dalam islam itu sebenarnya luas. Setiap yang dilakukan adlah ibadah tetapi bergantung kepada niat seseorang itu.
Bagi agama yahudi dan nasrani pula mereka mempertuhankan nafsu mereka dan memperhambakan wahyu dalam menetapkan hukum agar selari degang kehendak mereka.
“Tawazunlah(seimbang) dalam asas pengetahuan antara wahyu dan aqal, antara iman dengan ketentuan dan pengambilan asbab, antara dunia dan amalan akhirat, antara pendirian materialistik dan pendirian ma’nawi.”
(Manhaj Tarbiyah Islamiyah -Syed Qutb- )
~Keseimbangan~