Syirik
Persoalan
saya:
Adakah
tauhid wujud sebelum adanya syirik atau syirik terlebih dahulu wujud sebelum
adanya tauhid dalam sejarah ketamadunan manusia?
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ
الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3)
1.(Allah) Yang Maha pengasih 2.Yang
telah mengajarkan Al-Quran 3.Dia menciptakan manusia
(Surah Ar-Rahman: 1-3)
(Surah Ar-Rahman: 1-3)
Daripada
ayat dalam surah ini dapat kita peroleh manfaat iaitu Allah menyebutkan
terlebih dahulu ayat menyatakan bahawa Dia yang mengajarkan Al-Quran kemudian
baru menyebutkan bahawa Dia yang menciptakan manusia. Jelas di sini menunjukkan
kepada kita bahawa tauhid itu telah dulu wujud sebelum adanya manusia yang
syirik kepadaNya.
Sejarah
syirik dalam kehidupan manusia
Sebelum
zaman dakwah nabi Nuh A.s telah ada 5 orang soleh yang bertungkus lumus dalam
usaha untuk menyeru manusia kembali kepada Allah iaitu wadd, suwa’, yagus,
ya’uq dan nasr.(Nuh:23) Setelah beberapa lama mereka meninggal
dunia. Bagi mengenang jasa mereka, kaum pada ketika itu mengukir patung
peringatan. Tujuannya apabila mereka melihat kepada patung-patung tersebut
terbit kesedaran dalam kalangan mereka untuk meneruskan amal islami yang
dilakukakan oleh para solihin tersebut. Tetapi bersama peredaran zaman fahaman
tersebut telah mula terhakis. Hingga sampai pada zaman nabi Nuh a.s, manusia
sudah mula taksub dengan patung tersebut hatta ada yang bertindak menyembah
mereka. Oleh kerana ketaksuban mereka itu, ramai dalam kalangan kaum nabi Nuh
berpaling daripada peringatan baginda. Hanya 84 orang sahaja yang beriman dalam
jangka masa dakwah selama 950 tahun.
Sejarah
syirik dalam kalangan masyarakat arab
Diriwayatkan
oleh Ibnu Hisham dalam kitab sirahnya bahawa penyembahan berhala ini berlaku
apabila seorang arab yang bernama Amru bin Luhai keluar dari kota Makkah menuju ke Sham untuk beberapa
urusannnya. Apabila dia sampai kesebuah tempat bernama Balqa’ dia bertemu
dengan seorang yg bernama A’mliq bin Lawaz bin Sama bin Nuh. Ketika itu A’mliq
sedang menyembah berhala dan berkata: “Berhala ni jika kita sembahnya dia akan
memberikan kita rezeki”. Lalu dia memberi satu berhala kepada Amru setelah
diminta olehnya untuk dibawa pulang kepada kaum arab. Sejak itu orang arab mula
menyembah berhala.
Pembahagian
syirik dalam Islam
1. 1. Syirik secara terang-terangan (جلي)
Syirik ini
adalah syirik yang paling jelas yang mana kita boleh ukur melalui perbuatan
seseorang. Contohnya penyembahan berhala,matahari dan lain-lain. Manakala dari
segi pengakuan tentang syirik ini dinilai secara zahir dan jatuh hukum syirik.
Tetapi ulama’ ada menyebutkan pengakuan ini boleh jadi syirik bagi manusia
tetapi tidak bagi Allah mungkin disebabkan dia diseksa dan boleh jadi
sebaliknya. Oleh sebab itu segala perkara itu bergantung kepada niat seseorang
itu atas setiap perbuatannya. Sesetengah ulama’ berpendapat syirik ini paling
bahaya dari syirik tersembunyi dan sesetengahnya tidak. Mengapa?
2. 2. Syirik secara
tersembunyi (خفي)
Syirik ini
adalah syirik secara tersembunyi dan syirik inilah sebenarnya yang paling
bahaya kerana boleh jadi seseorang itu telah syirik kepada Allah tetapi orang
lain atau mungkin diri sendiri tidak tahu. Berbanding dengan syirik secara terang
yang kita boleh lihat secara jelas dan dicegah. Tetapi dari segi hukumnya
syirik secara terang adalah dosanya lebih berat berbanding syirik tersembunyi.
Syeikh islam
Ibnu Taimiyyah membahagikan syirik kecil ini kepada dua pula iaitu:
i-
نفق : syirik ini(nifaq) adalah
bilamana seseorang itu mensyirikkan Allah tetapi dia mengetahui bahawa dia telah mensyirikkan
Allah cuma kadang-kadang terlalai dibawa arus dunia. Contoh syirik ini apabila
seorang berasa riya’, u’jub, takabbur (sifat-sifat yang tidak elok yang membawa
maksud bangga diri, menunjuk-nunjuk dalam kebaikan) dalam perkara baik yang
telah dilakukan. Seseorang dapat mengenalpasti perasaan ini tetapi kekadang
terlalai dan orang yang melakukan perbuatan ini digelar munafiq(orang yang
bepura-pura dalam kebaikan)
ii-
سرائر : syirik ini yang membawa
maksud rahsia antara yang paling bahaya kerana seseorang itu mensyirikkan Allah
tetapi dia tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya telah mensyrikkan Allah. Imam
ibnu Taimiyyah ada menyebut lagi tentang 3 keadaan syirik ini:
-apabila seseorang
mengharapkan sesuatu lebih dari pengharapannya kepada Allah
-apabila seseorang menyintai
sesuatu lebih dari kecintaannya kepada Allah
-apabila seseorang takut kepada
sesuatu lebih daripada takutnya kepada Allah
Oleh itu
akhir kata marilah sama-sama kita berdoa agar Allah menjauhkan kita daripada
dosa syirik ini baik secara tersembunyi lebih-lebih lagi secara terang-terangan
dengan doa yang diajar oleh nabi Muhammad S.A.W :
اللهم إنّا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئا نعلمه
ونستغفرك لما لا نعلمه
Ya Allah kami berlindung daripada syirik kepadaMu dengan sesuatu perkara
yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepada Mu daripada perkara yang tidak
kami ketahui.

No comments:
Post a Comment