~gambar hiasan~
Hasad
Imam Ibnu Qayyim ada menyebutkan dalam tafsirnya dalam
merungkaikan makna hasad iaitu merasa benci atau tidak berpuas hati dengan
nikmat yang diberikan oleh Allah kepada orang yang didengki dan berharap nikmat
itu tidak berterusan.
Sejarah kerosakan pertama yang berlaku disebabkan hasad
dalam kalangan manusia:
فَطَوَّعَتْ
لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maka nafsu jahat (Qabil)
mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya.
Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
(Al-Maidah:30)
Tafsiran:
Ulama menafsirkan ‘orang-orang yang
rugi’ dalam ayat ini adalah termasuk orang yang berhasad dengki.
Kisah Habil dan Qabil
Ya… kisah ini sebenarnya telah lama
disebutkan di dalam Al-Quran dan itulah kerosakan pertama sebenarnya di atas
dunia ini hingga menyebabkan pembunuhan ahli keluarga. Kisah ini bermula
apabila Allah mengurniakan kepada Adam dua pasang anak kembar dan kedua-duanya
lelaki dan perempuan bagi setiap pasangan iaitu Habil serta pasangan kembarnya
Damimah dan Qabil serta pasangan kembarnya Wadiah. Di izinkan Allah kembar
Qabil iaitu Wadiah lebih cantik daripada Damimah kembar,Qabil.
Mulanya episod Allah menguji ketaqwaan hambanya dengan memerintahkan untuk anak-anak nabi Adam berkahwin dengan syarat bukan dengan pasangan kembar masing-masing tetapi dengan pasangan yang berbeza. Qabil membantah apabila perintah Allah itu sampai ke telinganya melalui nabi Adam kerana pasangan kembarnya lebih cantik daripada pasangan kembar Habil. Mulalah bibit hasad dalam hati Qabil.
Mulanya episod Allah menguji ketaqwaan hambanya dengan memerintahkan untuk anak-anak nabi Adam berkahwin dengan syarat bukan dengan pasangan kembar masing-masing tetapi dengan pasangan yang berbeza. Qabil membantah apabila perintah Allah itu sampai ke telinganya melalui nabi Adam kerana pasangan kembarnya lebih cantik daripada pasangan kembar Habil. Mulalah bibit hasad dalam hati Qabil.
Seterusnya Allah memerintahkan
keduanya untuk melakukan korban. Tetapi Allah menerima korban orang yang
benar-benar bertaqwa disisinya iaitu Habil. Tanda-tanda diterima korban itu
seperti yang disebutkan oleh Imam Ar-Razi dalam tafsirnya (Tafsir Kabir) adalah
Allah menurunkan api daripada langit dan me’makan’ korban tersebut. Pandangan
ini mendapat kesepatan ulama’ tafsir akan kesahihannya. Maka membuak-buak lagi rasa hasad Qabil kepada
Habil hingga dia membuat keputusan untuk menghapuskan riwayat Habil yang
dirakamkan oleh Allah dalam ayat:
قَالَ
لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ
الْمُتَّقِينَ
Berkata (Qabil):" Sesungguhnya
aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima
(korban) dari orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Maidah:27)
Pengajaran:
Begitulah hakikatnya dalam amalan
seharian. Setiap perkara kebaikan yang diterima oleh Allah adalah daripada
hambanya yang benar-benar bertaqwa.
Pembahagian Hasad dari sudut
pandang ulama’:
1. merasa benci atau tidak berpuas hati
dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada orang yang didengki dan berharap nikmat itu tidak berterusan.
2. Berharap
seseorang tidak dapat memiliki nikmat berterusan tanpa merasa benci dan
berharap orang lain berada dalam keadaan jahil tanpa dikurniakan nikmat.
3. Ghibtoh
atau merasa hasad kepada orang lain atas nikmat yang dikurniakan tanpa merasa
dengki atau benci nikmat itu berterusan dan dikurniakan kepada orang lain.
Ulama’ menyebutkan bahawa
pembahagian pertama dan kedua adalah dilarang. Tetapi pembahagain ketiga adalah
digalakkan atas dasar untuk berlumba-lumba dengan syarat dalam melakukan
kebaikan bukan kemungkaran. Allah menyebut di dalam Al-Quran:
وَفِي
ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan)
itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan
kesenangan.
(Al-Mutoffifin:26)
Dan juga seperti yang diriwayatkan
dalam Sohih Bukhari:
عبدالله ابن مسعود قال,قال نبي صلى الله عليه وسلم. لا حسد إلا في اثنتين :
رجل آتاه الله مالا, وسلطه على هلكته في الحق. ورجل آتاه الله الحكمة. فهو يقضي
بها ويعلمها الناس.
Abdullah Ibnu mas’ud ada berkata,
Rasulullah s.a.w bersabda: tiada boleh berdengki kecuali dalam dua hal iaitu
terhadap seorang yang Allah berikan harta lalu dia pergunakan harta tersebut di
jalan kebenaran dan seseorang yang Allah berikan dia hikmah lalu dia
mengamalkan dan mengajarkan kepada orang lain.
Ulasan:
Sebagai contoh, peristiwa perang tabuk yang mana para sahabat tidak lokek serta tanpa lengah dan keberatan, menyedekahkan harta-harta mereka untuk jalan Allah. Saidina Usman membelanjakan suku hartanya. Saidina Umar, separuh. Manakala Saidina Abu Bakar, semua hartanya termasuklah sebatang jarum yang sudah patah disedekahkan. Dia hanya meninggalkan kepada dirinya dan anak isterinya Allah dan Rasul-Nya sahaja.
mereka berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
Sebab-sebab yang boleh menghalang
perasaan dengki oleh orang lain:
1. Berharap
Allah menjauhkan diri daripada perbuatan hasadnya
2. Bertaqwa
dan bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3. Mengosongkan
hati dan fikiran dari memikirkannya (bersangka baik)
4. Menjauhi
permusuhan dan bersabar jika dimusuhi
5. Mudah
memaafkan orang lain
6. Menerima
ujian daripada Allah dan ikhlaskan hati
7. Membalas
keburukan orang lain dengan kebaikan
Secara keseluruhannya, perkara yang
paling susah dilakukan oleh manusia adalah perkara yang terakhir. Tetapi
sebenarnya itulah hakikat yang nyata yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita
Rasulullah s.a.w dalam dakwah baginda kepada ummat.
Cara-cara untuk merawat penyakit
hasad itu daripada diri sendiri:
1. Mengetahui
bahawa segala nikmat daripada Allah
2. Mengetahui
bahawa tidak membawa faedah perasaan ini kecuali lebih banyak keburukan dan
sebab hilangnya kebaikan
3. Mengetahui
bahawa tidak menghalang nikmat yang Allah berikan kepada sesorang walaupun ada
orang dengki dengannya.
Kesan-kesan buruk hasad dengki:
1.Orang
yang memiliki sifat hasad tidak dapat sempurna imannya, sebab ia tidak
akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
2. Hasad mencegah
pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
3. Hasad
dapat memecahkan kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
4.Hidupnya
tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah
gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.
5. Menimbulkan
sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
Akhir sekali marilah sama-sama kita
mohon kepada Allah agar dijauhi daripada sifat hasad ini dengan doa yang nabi
Muhammad s.a.w ajarkan kepada kita:
ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا
بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
Wahai Tuhan kami,
ampunkan dosa kami dan dosa saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan
jangan engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki dan dendam kepada orang
yang beriman. Wahai tuhan kami sungguhnya Engkau maha Pengasihi lagi maha
Penyayang.
Rujukan : Qasas Al-Quran Pengajaran
dan Ibrah kepada Pendakwah dalam berdakwah oleh Muhammad Bayumi.

No comments:
Post a Comment