Soalan: Adakah hukum jihad wajib untuk semua umat Islam
dalam konteks sekarang atau jihad hanya pada zaman dahulu sahaja?
Jihad ibarat atap dalam Islam
Jawapan:
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW yang
menceritakan tentang Jihad semuanya berbentuk Muhkamah (hukuman) dan tiada satu
ayat atau hadis pun yang dinasakhkan.
Hal ini bermaksud hukum jihad terpakai sehingga Kiamat. Hairan apabila ada
beberapa cendekiawan yang mengatakan Jihad ini sudah tidak sesuai di zaman
sekarang dan hanya terpakai di zaman sebelum jatuhnya khilafah.
Semua jumhur ulamak daripada Ahli Sunnah wal Jamaah kecuali
Abdullah Bin Al-Hassan, berpendapat bahawa Jihad di jalan Allah asalnya adalah
fardu kifayah. Hal ini membawa maksud, seandainya sebahagian daripada
masyarakat telah melaksanakannya maka
sebahagian yang lain terangkat dosa.
Dalam Tanwir Al-Absor dan disyarah pula dalam Ad-Dar
Al-Mukhtar tentang hukum Jihad mengatakan hukumnya adalah fardhu kifayah pada
permulaan dan walaupun kita tidak memulakan peperangan tersebut. Begitu juga
apa yang disebut oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Minhaj dan disyarah
dalam Mughni Al-Muhtaj mengatakan orang kafir ada dua keadaan, salah satunya
apabila mereka yang tinggal di negara mereka dan mereka tiada niat untuk
menguasai negara-negara Islam, maka
hukumnya fardhu kifayah terhadap orang Muslim untuk berjihad meninggikan
kalimah Allah terhadap mereka.
Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni menukilkan bahawa jihad
merupakan salah satu daripada perkara yang fardhu kifayah sepertimana pendapat
kebanyakkan ahli ilmu tetapi Ibnu Al-Musayyib mengatakan ia sebahagian daripada
fardhu ain. Malah mazhab Az-Zohiri yang dipelopori oleh Ibnu Hazim berpendapat
bahawa jihad itu fardhu kifayah.
Antara dalil-dalil yang mengatakan hukum adalah fardhu
kifayah:
1. Allah SWT berfirman: (كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ) bermaksud: diwajibkan
ke atas kamu untuk berperang (Al-Baqarah: 216).
Dr. Muhammad Khairul
Haikal dalam kitabnya (Al-Jihad wa Al-Qital fi As-Siyasah Asyar’iah) mengatakan
bahawa kalimah كتب
membawa maksud Wajib, tetapi bukanlah jihad itu wajib ain dalam semua
keadaan hanya dalam beberapa keadaan. Ibnu ‘Atiyah juga mengatakan Ijma’
ulamak berpendapat hukum Jihad fardhu
kifayah ke atas umat Muhammad SAW.
b bersambung....
No comments:
Post a Comment